Sahabat


Hey, guys..
Farah saja nak update blog Farah sebab bosan huhu...
So, tajuk yang terlintas kat Farah hari ni ialah 'Sahabat'.
So, apa sahabat ni? Sahabat is supposed to be your friend to share your story mory whatever etc I don't care haha.. BUT!
You have to make sure which is real which is fake... Sometimes, they use you for advantages...
But, here Farah nak cerita...
Farah sedih sangat sebab yelah..kawan baik Farah kadang-kadang macam abaikan Farah.. Farah sedih sangat tapi Farah selalu suka diamkan jer sebab prinsip Farah, "Biarlah Farah terluka, asalkan diorang bahagia" hurmm.. Tapi Farah dah lama pendam ni..Farah tak tahan lagi so Farah cerita kat sini lah yer..

Cerita 1

Farah ada dua orang kawan baik yang 'OFFICIAL' cehh ni macam geng ahh sebab kat sekolah semua korang mesti ada geng kan huhu.. So, Farah dah dengan diorang ni sejak Form 2 ..So bayangkan lah berapa lama persahabatan kitorang.. 3 tahun..agak lama lah kan berbanding orang lain..Yang lain sekejap tukar geng skejap tukar geng.. Ada sebab kenapa Farah still kawan dengan diorang... Bukan saja saja sebab terlalu banyak dugaan menimpa kitorang dan Farah percaya mesti ada sesuatu yang menyebabkan Farah setia dengan diorang berdua..Nak tahu apa dia?
Dengan mereka berdua, Farah mendapat kegembiraan yang orang lain tak dapat bagi kat Farah..Diorang sahaja tahu macam mana Farah suka crush Farah.. Farah suka apa tak suka apa..Dan diorang selalu mengingatkan Farah tentang ibadah.. Sebab tu Farah still setia dengan diorang..Farah harap hubungan kita bertiga kukuh sampai bila-bila...Tapi, ada sesuatu bila Farah dengan diorang...Farah takkan dapat.. Farah takkan dapat pujukan kalau Farah merajuk.. Ya Allah seandainya korang tahu Farah ni nak sangat korang pujuk waktu kita bergadu ke apa...Tapi haram tiada siapa nak pujuk.. Terpaksa lah tuan hamba ni mengubat lara di hati sampailah tergerak nak berbaik dengan korang berdua....Kat sini, Farah diajar untuk merendahkan ego Farah tapi masalahnya Farah ni susah sikit awak nak rendahkan ego sebab bila kita rendahkan ego, kita pun menangis awak... Satu je Farah mintak dari korang berdua..Kalau korang tak mampu pujuk Farah pun.. Tolonglah beri sokongan dekat Farah bila Farah perlukan..Farah sedih tau beli waktu Hari Perancis tu korang tak support Farah..Farah tiada sesiapa waktu tu..Sebab tulah Farah luahkan kat madame jer..Sebab korang berdua pun bash Farah macam apa jer..SEDIH NANANG TAHUUUUU..YA ALLAH TAK TAHULAH NAK CAKAP MACAM MANA SEDIHNYA TU.....Tapi, Farah appreciate korang sebab korang berdua lah beri kegembiraan pada hidup Farah..Terima kasih Wani dan Dayang..



*Yang Tudung hijo nilah mereka huhu*

  *Ni Dayang Zulena kami sering dikatakan kembar oleh alia nadirah dan nureen anis tak tahulah apa kembar dia hahaha*


 *Hok ni pulok Wani..Kitorang selalunya gaduh..Pendamainya selalunya dayang lah hahaha..Pasaipa gaduh entahlah nak....Tapi dia lah selalu hantaq surat chenta kat cheq*

Cerita 2

Hahahaha...Berkenaan di bawah ni..Orang yang gila sikit..Namanya Dina...Farah suka berkawan dengan dia sebab dia selalu tolong ajar Farah..Dan selalu buat kerja gila bersama sama huhu..Contoh?
Mendobi bersama di dobi..Beli nasi kukus ni fav job ahh..hahah..Berangan bersama hingga ke atas awan nun...Dan kalau selfie menggayakan fesyen ni memang kitorang berdua lah hahaha...Dan aku suka kawan dia sebab dia percaya dekat aku untuk cerita masalah family dia dekat aku..Aku sayang minah ni walaupun dia annoyying tahap gaban manapun..Kalau aku susah nak guna duit, dia bagi pinjam dulu.. Pastu aku bayar balik.. Kekadang tu...Nak makan nasi kukus tapi aku tak nak lepas tu aku tak nak nak save duit dia belanja aku..Aku appreciate dia sebab dia selalu tolong aku dan percayakan aku..Aku harap lepas ni kau pun tolong aku ikut peraturan lepas ni okay..Love you, Dina Hadi :)


*Hok Tudung Ungu ni Dina, Kalau berkenan boleh pm huhu*



Cerita 3

Ni pulak Nureen Anis..Ni sorang lagi kawan aku duk cito bila cheq duk gatai usha 'my crush' huhu..DIO NI PEMBACO SETIO DIARY CHEQ..Cheq tak taulah nak habaq camani lagi nak halang dio ni baco ...Last last tu cheq biorkan ajer si nureen dengan labu labunya biorkan...

*Namanya Nureen Anis..Mohon Apply borang kerana ramai followers huhu*


Cerita 4

Ni sebonarnya pasai Suhailah Salim..
Tapi cheq tak ponah ada gambor dua orang dengannyo..Bertuah ponya kawan ...inilah dio..
Dio yang kat tongah tongah tu...huhu..Ponat pulak ahh dialek ni..Hahah
Suhailah Salim ni..orang yang Farah paling percaya dan inilah tempat Farah akan terus menangis bila start cerita..
Serious macam tak boleh tipu dengan dia ni hahaha....
Dia faham apa yang Farah buat dan dia selalu sokong Farah..
Walaupun tak official tapi dia tetap best friend farah...Farah paling ingat bila Farah upset dengan Wani dengan Dayang... 
Farah terus jumpa dia cerita... 
Farah ni kekadang bengong jugak padahal Suhailah nilah selalu dengar ceritaa Farah... Tapi, sebenarnya..
Farah buat preparation sebelum ni takut Farah tak boleh hidup kalau Suhailah takder untuk cerita pasal cerita sedih tapi ternyata Farah tak boleh...
Farah sayang sangat kat Suhailah sebab Suhailah lah orang pertama Farah tegur dekat BASIS ajak jadi kawan...hahaha bila ingat waktu form 1 kelakar balik difirkan..Tahun depan kita dah form 5..
SDah 4 tahun kita kawan Suhailah..hahaha.. Suhailah sangat memahami Farah sampai Farah pun tak tahulah Farah terharu sangat sangat.. Yang Farah tahu, Farah nak berterima kasih seba Suhailah sanggup dengar cerita sedih Farah tanpa kira masa...And we are pizza teammates hahaha..

*Ada nur di wajah kami hahah*

Tapi sebenarnya kan, Farah anggap sesiapa je yang hadir dalam hidup Farah dan berjaya menceriakan Farah..Dialah orang yang teristimewa buat Farah..

Kesimpulannya Farah bukan nak membandingkan macam mana kamu semua kawan dengan Farah..Farah just nak cerita macam mana Farah rasa tentang persahabatan kita sepanjang tempoh perkenalan kita..Farah tak mampu ucapkan terima kasih yang bagaimana lagi kerana setiap dari kamu memberikan kenangan yang berbeza kepada Farah..Tidak kira kenangan manis mahupun pahit..Farah harap tahun depan kita dapat straight A+ bersama sama yer..Naik pentas yeah! Farah sangat sayang kamu semua ^^

Tulus dan ikhlas menyayangimu sepenuh hati,
Farah Wahidah 

Post a Comment

0 Comments